Saturday, January 26, 2008

" SALAM UKHUWAH FILLAH"

Salam sume harap sihat la,kemarain tak dapat nak post benda baru,sebab ana pun taktau pasai apa blok ni ada masalah bila nak sign in,....nauzubillah.....

Hari ni , try2 boleh la pulak, tp bkn dgn cara yg betui la, tah mcm mana tiba2 ja boleh masuk....hehe...alhamdulillah la..............

Kemarin, aktiviti ana mcm biasa la,tak dak kelas,tp buat jugak la study mate skit....faham la jgk....alhamdulillah...selain tu, kemarin kan Jumaat, ana dpt perabih baca surah Yusuf yg ana selalu amalkan....alhamdulillah....

Ha...ahak...hari ni pulak,holiday,Ina roomate ana balik kampung,nak ambik bakul katanya..bkn pa utk jualan hari WUS nanti, isnin ni...

Post kali ni ana nak petik kata@ hikmat dan mutiara kata drp buku Tip2 Cemerlang dari Al-Quran tulisan Dr Danial Zainal Abidin....best buku ni.....klu teman2 sume nak dapat tau lebih tentang isi kandungannya bolehlh beli kat kedai buku ya..........

  1. Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat
  2. Kecemerlangan bermula dari dalam. ledakan iman dan taqwa mampu mengubah dunia dan seisinya
  3. Hati memerlukan ilmu dan hikmat agar nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat
  4. Sebahagian daripada ilmu dunia yg terdapat pada hari ini wajib dikuasai oleh sebahagian umat Islam kerana hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah
  5. Jalan kecemerlangan memerlukan peta. Peta umat Islam perlukan adalah Al-Quran kerana ia adalah peta yg lengkap lagi selamat.
  6. Umat Islam menganggap dunia sebagai ladang bercucuk tanam dan akhirat sebagai tempat menuai hasilnya. Mereka hanya dianggap berjaya apabila tanaman mereka di dunia dapat dituai di akhirat
  7. Hati perlu disemai dengan nilai2 terpuji supaya terpelihara daripada anasir yang boleh merosakkan. Antara perkara yang ditekankan agama adalah keikhlasan dan anasir yang akan merosakkan adalah riyak.
  8. Syariat boleh dikiaskan seperti rel kereta api. Tanpanya, kereta api tidak akan sampai ke destinasi. Tuhan mengurniakan kepada umat Islam landasan atau rel hidup yang kukuh.
  9. Kata-kata Aisyah,: kamu melupakan satu ibadat yang utama iaitu warak.' Warak bermaksud tidak mengambil sesuatu yang mempunyai unsur syubhah ataupun haram.
  10. Sembahyang adalah ibadat yang penting sehinggakan semasa sedang berperang sekalipun tidak boleh meninggalkannya.Sembahyang juga adalah tiang agama..

Ana harap drp kata2 dan mutiara kata dia atas, kita sume dapat menjadikan sbg salah satu cetusan minda dan paradigma yang positif bagi memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah azzawajalla...insyaallah...amin...

Rasanya kat sini saja post ana pada hari sabtu yang berbahagia ini....jaga diri ye teman2....sentiasalah bermuhasabah diri....salam....

Thursday, January 24, 2008

"DUGAAN ALLAH KPD ANA HARI NI"

Salam......hope sume sihat no....
Hari ni, ana memulakan hari dgn baik dan ceria sekali,bgn pagi solat subuh,baca quran....
Lepas tu basuh baju dan mandi sekali....lepas mandi alhamdulillah sempat solat dhuha' dan baca quran skit....alhamdulillah...
Lepas tu, ana bersiap pi beli nota mate dan eko kat dtsp. Balik tu, ana singkah bilik tv sebab tgk kasut nana ada. Sempat la tgk rancangan Ape-Ape Aje sat, alhamdulillah satu berita gembira yang ana dapat tgk,....apa nak tau dak? Ha ...!tau dak, pengacara dia ala Kak Syila tu, alhamdullillah dah pakai tudung,lepas dia balik mekah,alhamdulillah.....

Lepas ana naik dari bilik tv tu, ana bukak la laptop sebab nak buat post yang baru kat blog ni la, tapi bila ana bubuh pasword, tak dapat masuk,...ana try berkali-kali....aduh! rasa macam nak teriak ja....huhuhu......sedih sangat....lepas tu mula la rasa stress sangat, mintak la doa kat Allah,supaya permudahkan ana utk masuk dalam blok ana ni....tapi ana try lagi tak boleh jugak ,subhanallah,masyaallah.....macam-macam rasa,serabut kepala ana ni.... tapi dalam hati ni dok pikiq la ni mungkin kafarah daripada Allah buat ana, ana pun taktau la, mungkin dalam hati ana ni ada perasaan yang membuatkan Allah nak uji ana,,,,,ya Allah ampunkanlah hambamu yang lemah ini.......amin....

Lps try byk kali, ana pun taktau mcm mana boleh jgk masuk....alhamdulillah...syukur sangat...lps makan sume....

Ya Allah...terima kasih kerana masih memberi ruang kepada hambamu ini untuk kembali kepada fitrah diri ana ....syukur Ya Allah....

Buat teman2 sume,ana harap coretan di atas dapat memberi input penting kepada diri anda sume.....ingat dalam menjalani kehidupan di dunia ini, kita sering kali di uji oleh Allah S.W.T...
Oleh itu jangan kita mudah lupa dan lalai akan nikmat Allah,.. Ana juga harap kita selalu ingat bahawa setiap ujian yang di hadapkan kepada kita adalah untuk Allah melihat sejauh mana iman kita,setinggi mana tahap kesabaran kita,adakah kita akan jauh lagi daripada Allah jika kita diuji ataupun kita semakin dekat dengan Allah jika kita diuji.... ingat wahai teman2ku, segala ujian ini,adalah untuk Allah melihat sejauh mana keimanan Allah kepadaNya....

Selain itu,ujian2 ini jugak adalah untuk melatih kita supaya lebih sabar....lebih redha akan ujian yng dihadapi dalam hidup ini....ingatlah ayat Allah ini......

"Innaallah ha ma'assobirin.." yg bermaksud "sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar"

Teman2 sume,mari kita sama2 ingat bahawa janji Allah adalah benar.....! sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang....

So,akhir kalam, ingatlah bahawa segala ujian dan cabaran dalam hidup ini adalah untuk menjadikan kita lebih sabar dan lebih bersyukur dgn nikmat Allah.....jauhkanlah kita dari bersikap kufur dengan Allah...minta dijauhkan......

Ana rasa kat sini jalah buat tatapan teman2 sume....yang baik hanyalah drp Allah, dan yg kurang baik adalah atas kekhilafan diri anda sendiri.....jumpa lagi...wasallam....

Wednesday, January 23, 2008

..."SEMBAHYANG IBADAT UNIK".......

Salam sekali lagi kpd semua.......smga kita semua brda dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu...insyaallah. Kali ni,ana nak bincang pulak ttg keunikan solat @ sembahyang...
Seperti mana yg kita tahu, sembahyang telah difardhukan keatas kita melalui nabi S.A.W daripada Allah S.W.T semasa nabi S.A.W diisrakkan..iaitu sehari semalam sebanyak lima waktu.

Dalam solat,mengandungi banyak fadhilatnya:

  1. mendekatkan diri hamba dgn penciptanya....esp melalui sujud...
  2. sebagai satu senaman bagi kita..sebabnya,senaman memerlukan banyak pergerakan dilakukan...ianya menjadi senaman yang paling baik bagi kita semua umat Islam
  3. mendisiplinkan diri...dalam solat kita mesti mengikut rukun yang telah ditetapkan,mesti mula dgn mengadap kiblat..sehinggalah memberi salam
  4. menyihatkan badan
  5. melancarkan perjalanan darah..kerana memerlukan banyak pergerakan
  6. mengelakkan penyakit seperti migrian...melalui sujud
  7. memberikan kita fokus yang lebih baik....kerana adanya khusyuk

Sebenarnya,banyak lagi kelebihan yang ada dalam ibadat solat....tapi yang di atas sahaja yang dapat ana berikan....klu teman-teman boleh beri lagi kelebihannya ...silakan

Bercakap mengenai smbhyg jugak,ana ingin membincangkan disini, berkenaan ragam sembahyang yang selalu kita lihat jika kita ke masjid atau surau....ragam macam mana tu....?

Jom ana khabarkan...pelbagai ragam sembahyang....ahak....

*lambat *cepat *sederhana *terlalu cepat mcm ayam makan nasik..hehe *dan sbgnya

Jom nilai diri kita,dok dalam kategori mana...? fikir-fikirkan dan renung-renungkan...

Tpi nasihat ana buat diri ana sendiri dan teman2,klu kita smbhyg tu buat la bg sempurna,ikut tertib,ada tomakninahnya,bacaan sempurna,jgn sampai hilang tajwid dan lari maksudnya, esply al-fatihah sbb klu baca tak sempurna smbhyg kita tak dikira sah...nauzubillah,......

So,sembhyglah dengan sempurna yg boleh,jgn krna kita kalut nak kejar masa,kerja atau apa2 hal dunia yg lain..kita ringankan smbhyg kita....

Ingat...! smbhyg tu tiang agama,klu umat Islam sendiri buat cincai dgn smbhyg,tak mustahil tiang itu akan rapuh...minta dijauhkan Allah...

"renung-renungkan dan mari beramal...kata2 prof. Izuddin...."

Akhr skali, jomlah kita sempurnakn smbhyg kita,moga ianya diterima Allah S.W.T....insyaallah..bkn apa...sebab sembhyg tu tiang agama dan wajib ke atas kita sume....selain tu jgk smbahyang dapat mencegah umat Islam melakukan kemungkaran...sptmna khatib selalu sebut dlm khutbah masa hri Jumaat..; 'In'nassolatatanha 'anilfahsha iwalmugkar..." yg maknanya..sesungguhnya smbhyg dapat mencegah kita daripada melakukan perkara yang mungkar..

Drp coretan di atas,ana harap kita semua dpt memperbaiki smbhyg kita agar lebih sempurna..insyaallah..)

sekian..wassalam..jika ada terkhilaf ana minta ampun dan maaf...moga kita mampu m'jadi umat Islam yg sentiasa menjaga solat dan menjadi ummatan wasatha...insyaallah..amin..

sekian,wasallam,jmpa lagi....moga kita dapat manfaat drp tulisan ana kali ni....

Monday, January 21, 2008

MASA...TIME..WAKTU

Salam, jmpa lagi.....hari ni ana akan bercakap berkenaan dgn perkataan "masa,waktu,time"...
Apa yg saudara dan saudari tau tentang masa...? Oklah pada pendapat ana semua perkataan ni bawa maksud yang sama iaitu apa ya...? nak tahu...
"perkataan ni sume bwa maksud stu tempoh masa yg Allah berikan kpd semua makhluk dia alam maya ini,....ha...tu pandangan ana la...kalau ikt kamus Dewan taktau la pulak...takdan nak semak....hehe...maaf ya...ahak...
Jom kita renungkan apa yg kita buat dgn masa 24 jam yg Allah bg dekat kita....adakah kita manfaatkan atau tidak masa kita....
Jom kita teliti diri kita seharian....dari pagi hingga ke petang;

'pagi: bangun,solat, mandi, dan pegi klas
'tghari:balik dari kelas,makan,dan solat zuhur
'petang:blk dari kelas,solat,mandi
'malam:solat magrib, baca quran,solat isyak,buat keja dan tidoq

Renungkan...itulah aktiviti yg kita sering lakukan esp sbg seorang pelajar....anda bersetuju....?

Ana nak tanya anda semua, adakah cukup masa kita dan bermanfaatkah masa kita itu?
Jom kita renungkan.............

Mana masa kita,utk mendekatkan diri kita kepada Allah,mana masa kita untuk berbakti kepada mak ayah,adik beradik,dan semua umat Islam.....?

Sentiasalah muhasabah dan renungkan masa kita .....seharian.....penuhkanlah masa kita dgn melakukan amal makruf wanahyun anil mungkar......

renungkan kata2 di bawah ini....
24 jam sehari Allah berikan,
harap kita semua muslimin muslimat manfaatkan,
bkn apa,selagi nyawa masih di kandung badan,
manfaatkan masa yang Allah berikan kepada kita,
agar sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya...

renungkanlah.....di mana diri kita...! ke mana arah tujuan kita dalam hidup ini...dan apakah tujuan kita dijadikan di dunia ini...mari kita sama2 fikirkan...

"semua yg baik adalah drp Allah,dan yg tidak baik drp kekhilafan diri ana sendiri"

Semoga dakwah yg kecik ini mendapat redha Allah,...insyaallah......dan kita sume mendapat manfaat daripadanya....amin...salam...jumpa lagi...

PERMULAAN SEGALANYA.....

Alhamdulilah,dah lama ana idamkan untuk mempunyai blog sendiri,

akhirnya,hari ini 21/1/08,dengan pertolongan dan izin ALLAH S.W.T,

ana dapat merialisasikan impian untuk mempunyai blok sendiri.......

kali pertama ni taktau nak tulis lagi....sebab syok sangat....hehe..ahak..

oklah...mula2 ni kat sini dulu la....salam